Sunday, April 24, 2011

RESEPI KUIH SAPIT


KUIH SAPIT
Bahan-bahan
1.  150g tepung beras
2.  50g tepung gandum
3.  180g gula pasir
4.  11/2 cawan santan pekat
5. 2 biji telur
6.  2 biji kuning telur
7.  Minyak masak

 Cara Memasaknya;

1.  Ayak kedua-dua tepung beras dan tepung gandum.kemudian, tambahkan
     gula dan santan pekat sedikit demi sedikit ke dalamnya.
2.  Kacau campuran sehingga rata dan masukan telur serta telur kuning,
     kemudian terus pukul doh sehinga sebati.
3.  Sapukan sedikit minyak ke atas acuan kuih sapit dan tuangkan campuran
     doh yang secukupnya ke dalam acuan.
4.  Kepitkan acuan dan letakan di atas api gas lebih kurang 1/2 minit untuk setiap belah.
5.  Apabila doh bertukar kuning keemasan, tanggalkan dengan segera dari
     acuan dan lipat mengikut kesukaan anda.
6.  Biarkan sejuk dan isikan kuih sapit tadi ke dalam bekas kedap udara.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment